Isnin, 7 September 2009

PM-DATUK NAJIB BERSUNGGUH DAHULUKAN RAKYAT

Kekuatan kepimpinan Datuk Najib sebagai Perdana Menteri sukar disangkal,kesanggupan beliau yang cukup jujur TURUN PADANG untuk berjumpa rakyat si pelusuk tempat di negara ini.Saban hari media massa dan elotrnik memaparkan kesediaan belaiu meluangkan masa berjumpa dengan rakyat di bualan ramadan ini.Sentuhan ikhlas pemimpin sebegini rupa,tentunya membuka ruang yang banyak kepada rakyat bertukar-tukar pendapat dari hati kehati dengan pemimpin sebenar.

Stail perwatakan beliau yang agak santai dan terbuka,akan memberi kesan positif terhadap pelbagai kaum di negara ini.Harapan kita agar pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang lain wajar menedalani sifat dan gaya kepimipnan Datuk Najib.Pemimpin-pemimpin pembangkang di luar sana rasanya turut teruja dan mengakui Najib adalah pemimpin besar kepada SATU MALAYSIA.

Dasar-dasar baru yang cukup hebat diperkenalkan oleh beliau,nampaknya semua mejurus tentang kepentingan rakyat.Gerakkan memperkasakan kuasa ekonomi dengan rangkaian liberalisasi ekonomi global,merupakan satu komitmen yang hebat walaupun gelombang kemurungan ekonomi dunia masih terus melanda.

Atas prinsip Satu Malaysia,Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan,merupakan satu petanda kuat bahawa rakyat Malaysia sedang kembali ke landasan perjuangan memertabatkan nasib bangsa setelah negara ini mencapai Kemerdekaan 52 tahun.Kepada pejuang-pejunag Pakatan Rakyat (pembangkang) silalah berfikir sejenak,apakah perjuangan besar yang murni untuk rakyat setelah berjaya memerintah beberapa buah negeri di Semenanjung?.

Tiada ulasan: