Selasa, 8 September 2009

Pembangkang kian agresif daftar pengundi baru-peluru pada PRU-13.

kenyataan SPR baru-baru ini,bahawa Barisan Nasional agak lembab bergerak untuk penambahan pemilih baru amat menakutkan dan menyedihkan.Anggaran terbaru masih terdapat 4 juta penduduk negara ini belum mendaftar sebagai pemilih (pengundi),majoritinya golongan muda 21 ke 30 tahun.kenyataan ketua penerangan Umno pusat bahawa BN hanya sibuk dengan idologi politik masing-masing sehingga lalai tangunggjawab mendaftar pemilih baru,SPR tentulah tak mampu menggerkkan kakitangannya yang amat terhad jumlahnya untuk turun padang mencari golongan muda sebagai pemilih baru.

Langkah agresif bagi parti pembangkang seperti DAP,PAS dan PKR dilihat cukup terkehadapan dalam gerakan pendaftran pemilih baru.BN janganlah sampai leka dan tidur terlalu panjang,kerana disebalik kesungguhan gerakan pihak pembangkang ini pasti ada target besar menuju PRU-13.Parti BN ataupun Parti pembangkang sentiasa diberi ruang memohon perlantikan Penolong Pendaftar Pengundi (PPP) melalui SPR,kita melihat peluang samarata terbuka berpandukan kawasan DUN danPARLIMEN yang dipohon untuk beroperasi pendaftaran pemilih baru.

Kesimpulannya pihak Pembangkang agaknya cukup menyedari golongan pengundi muda banyak memberi kredit undi kemenangan hampir di setiap saluran peti undi terutamanya di kawasan bandar yang padat penduduk pada PRU-12 tahun 2008.Pihak BN perlu bangkit cepat dan mengubah carafikir positif sama-sama bersaing dengan gerakan pihak pembangkang .
Dikala ramai pemimpin BN sibuk bercerita tentang kemungkinan ada Persempadan baru oleh SPR akan datang sambil mengharap pula ada penambahan KERUSI baru,maka pemimpin-pemimpin BN mulalah rancak melobi nak dapatkan KERUSI baru itu.Kita tak dengarpun pihak pembangkang sibuk cerita pasal semua ini,kata mereka biarlah BN buat kerja mereka.Kita Pembangkang kerja kuat tambahkan pemilih baru,dan tunggu pilihanraya siapa dapat banyak undi.

1 ulasan:

waritarakyat berkata...

Tidak dinafikan bahawa ini adalah strategi baru pembangkang dalam usaha meraih undi terutamanya pengundi muda dan mencapai impian yang sebelum ini belum tercapai iaitu menumpaskan BN pada pilihan raya ke-13. Jika perkara ini dibiarkan dan tidak diambil perhatian oleh BN maka terimalah padanya kelak.