Selasa, 8 September 2009

Pembangkang kian agresif daftar pengundi baru-peluru pada PRU-13.

kenyataan SPR baru-baru ini,bahawa Barisan Nasional agak lembab bergerak untuk penambahan pemilih baru amat menakutkan dan menyedihkan.Anggaran terbaru masih terdapat 4 juta penduduk negara ini belum mendaftar sebagai pemilih (pengundi),majoritinya golongan muda 21 ke 30 tahun.kenyataan ketua penerangan Umno pusat bahawa BN hanya sibuk dengan idologi politik masing-masing sehingga lalai tangunggjawab mendaftar pemilih baru,SPR tentulah tak mampu menggerkkan kakitangannya yang amat terhad jumlahnya untuk turun padang mencari golongan muda sebagai pemilih baru.

Langkah agresif bagi parti pembangkang seperti DAP,PAS dan PKR dilihat cukup terkehadapan dalam gerakan pendaftran pemilih baru.BN janganlah sampai leka dan tidur terlalu panjang,kerana disebalik kesungguhan gerakan pihak pembangkang ini pasti ada target besar menuju PRU-13.Parti BN ataupun Parti pembangkang sentiasa diberi ruang memohon perlantikan Penolong Pendaftar Pengundi (PPP) melalui SPR,kita melihat peluang samarata terbuka berpandukan kawasan DUN danPARLIMEN yang dipohon untuk beroperasi pendaftaran pemilih baru.

Kesimpulannya pihak Pembangkang agaknya cukup menyedari golongan pengundi muda banyak memberi kredit undi kemenangan hampir di setiap saluran peti undi terutamanya di kawasan bandar yang padat penduduk pada PRU-12 tahun 2008.Pihak BN perlu bangkit cepat dan mengubah carafikir positif sama-sama bersaing dengan gerakan pihak pembangkang .
Dikala ramai pemimpin BN sibuk bercerita tentang kemungkinan ada Persempadan baru oleh SPR akan datang sambil mengharap pula ada penambahan KERUSI baru,maka pemimpin-pemimpin BN mulalah rancak melobi nak dapatkan KERUSI baru itu.Kita tak dengarpun pihak pembangkang sibuk cerita pasal semua ini,kata mereka biarlah BN buat kerja mereka.Kita Pembangkang kerja kuat tambahkan pemilih baru,dan tunggu pilihanraya siapa dapat banyak undi.

pembantu rumah rm800-gaji yang melampau.

rasa geli sambil tak masuk akal,tiba-tiba indon letak harga pembantu rumah dengan gaji minimum rm800 sebulan di malaysia.apakah kelayakan pembantu rumah bertaraf sijil pelajaran malaysia dan diploma?senator datuk shahrizat yang menjaga kementerian berkaitan perkara ini,dah awal-awal lagi kata gaji rm800 sangat tinggi.maksudnya tak masuk akal,budak-budak kita yang kerja kat kilangpun rata-rata bergaji bawah seribu.apalagi yang kerja di ladang-ladang persendirian,ada pekerja dari seberang digaji sekitar rm20 sehari.

kalaulah kita (malaysia) terima atau setuju gaji rm800 sebulan,nampak gaya ramai ibu yang bekerja sektor kerajaan ataupun swasta tidak akan berfikir dua kali untuk berhenti kerja,daripada sanggup bayar gaji kepada amah sebanyak rm800 sebulan.rasanya ketawa besarlah orang indon serta berduyun-duyun mereka datang ke malaysia .

apakah sebabnya gaji sebesar ini,tiba-tiba meletup?mungkin pihak pemerintah indon saja nak perli kerajaan malaysia yang selama ini terlalu bergantung khidmat orang indon(perempaun)sebagai pembantu rumah.ataukah ini satu protes yang sinis kepada kerajaan malaysia setelah berlaku ketidakadilan dan layanan buruk oleh majikan terhadap pembantu rumah selama ini di negara ini?.sedikit masa lalu pihak pemerintah indon telah membekukan penghantaran pembantu rumah ke malaysia,gara-gara beberapa kes pederaan majikan yang masih dibicarakan di mahkamah.sepatutnya semua pihak membiarkan pihak mahkmah mengendalikan perbicaraan secara adil tanpa mendahului keputusan hakim.

kita melihat gaji rm800 sebulan agak tak rasional:-
1.apakah bakal pembantu rumah mempunyai kelayakan akedamik,
2.benarkah mereka ini ada kemahiran dalam bidang kepembantuan rumah,
3.sediakah mereka menserasikan diri terhadap cara dan nilai persekitaran kehidupan di tempat majikan,
4.kalau gaji minimum rm800,berapakah niali jumlah keseluruhan gaji jika dicampur harga makan harian,tempat tinggal dan belum lagi ditolak cuti wajib sekali seminggu yang dicadangkan oleh pihak pemerintah indon.ertinya jika dijumlah nilai gaji bersamaan rm1,500 sebulan.
5.ada banyak lagi perkara lain yang perlu diambil kira yang bersangkutan pengurusan pembantu rumah.

isu pembantu rumah semakin kelam apabila pihak indon semacam mepersendakan kesungguhan pihak kerajaan malaysia dalam mencari titik penyudah secara tenang dan damai.bermula isu pembantu rumah kini isu ambalat pula yang perlu diselesaikan antara dua pihak dengan berhati-hati,tanpa menimbulkan ketegangan dan ketidaksefahaman.

akhirnya mari kita pulangkan semua permasalahan kepada kebijaksanaan pihak pemimpin besar,agar kekusutan hubungan dua negara jiran berakhir di meja rundingan perdamaian.atas semangat rumpun melayu marilah kita doakan semoga semuanya berakhir secara aman,sentosa dan damai.

Isnin, 7 September 2009

PM-DATUK NAJIB BERSUNGGUH DAHULUKAN RAKYAT

Kekuatan kepimpinan Datuk Najib sebagai Perdana Menteri sukar disangkal,kesanggupan beliau yang cukup jujur TURUN PADANG untuk berjumpa rakyat si pelusuk tempat di negara ini.Saban hari media massa dan elotrnik memaparkan kesediaan belaiu meluangkan masa berjumpa dengan rakyat di bualan ramadan ini.Sentuhan ikhlas pemimpin sebegini rupa,tentunya membuka ruang yang banyak kepada rakyat bertukar-tukar pendapat dari hati kehati dengan pemimpin sebenar.

Stail perwatakan beliau yang agak santai dan terbuka,akan memberi kesan positif terhadap pelbagai kaum di negara ini.Harapan kita agar pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang lain wajar menedalani sifat dan gaya kepimipnan Datuk Najib.Pemimpin-pemimpin pembangkang di luar sana rasanya turut teruja dan mengakui Najib adalah pemimpin besar kepada SATU MALAYSIA.

Dasar-dasar baru yang cukup hebat diperkenalkan oleh beliau,nampaknya semua mejurus tentang kepentingan rakyat.Gerakkan memperkasakan kuasa ekonomi dengan rangkaian liberalisasi ekonomi global,merupakan satu komitmen yang hebat walaupun gelombang kemurungan ekonomi dunia masih terus melanda.

Atas prinsip Satu Malaysia,Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan,merupakan satu petanda kuat bahawa rakyat Malaysia sedang kembali ke landasan perjuangan memertabatkan nasib bangsa setelah negara ini mencapai Kemerdekaan 52 tahun.Kepada pejuang-pejunag Pakatan Rakyat (pembangkang) silalah berfikir sejenak,apakah perjuangan besar yang murni untuk rakyat setelah berjaya memerintah beberapa buah negeri di Semenanjung?.

Jumaat, 4 September 2009

APA UNTUNGNYA JIKA BANYAK PARTI DALAM KOMPENEN BARISAN NASIONAL DI PARLIMEN PENSIANGAN.

Mengikut rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) cetakan 2009 jumlah pengudi bagi Parlimen Pensiangan belum mencapai 20 ribu pemilih.Ini merupakan angka kecil dan kedua terkecil jumlah pengundi dalam satu Parlimen di negeri Sabah.Parlimen Pensiangan cuma mempunyai dua DUN iaitu DUN Sook dan DUN Nabawan,namun apa yang menariknya di Pensiangan mutakhir ini ialah para pemimpin Parti Kompenen BN mula sibuk bercakap sana sini hendak melobi kepada pihak pucuk pimipnan atasan untuk dapatkan satu kerusi andainya berlaku persempadan baru.Siapakah mereka ini?,tentulah Parti UMNO,PBS dan tetap pasti PBRS sendiri.

Pada masa ini Parlimen Pensiangan mempunyai empat buah Parti yang masing-masing mewakili Barisan Nasional.1.Parti UMNO-Ketua Bahagian Pensiangan,Datuk Abdul Ghani Datuk Hj Yassin 2.Parti bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Presiden Parti -Tan Sri Joseph Kurup 3.UPKO-Ketua Bahagian,Datuk Bobbey Shuan 4.PBS-Ketu Bahagian Dun Sook ialah Datuk Bernard S.Maraat.Soalnya sekarang benarkah dengan keujudan keempat-empat Parti Kompenen di Pensiangan boleh menjamin kekuatan dan kemenangan BN apabila berlaku pilihanraya?

Satu hakikat yang kita nampak dan bukan rahsia lagi,setiap kali menjelang pilihanraya keempat-empat Parti BN ini cukup jelas mengharapkan akan menjadi Calon BN.UMNO sendiri begitu cukup mengidamkan sekurang-kurang satu Kerusi semenjak PRU-11 dan berlanjutan sehingga PRU-12 (2008).Usaha tersebut diyakini akan diperjuangkan sehingga PRU-13 kelak,berdasarkan suara dan harapan ahli UMNO termasuklah Ketua Bahagian UMNO sendiri.

Serperkara yang menarik dan menjadi tanda tanya setelah kembalinya Datuk Bernard ke Pensiangan telah diangkat menjadi Ketua Bahagian PBS DUN Sook,tentulah membuatkan Tan Sri Kurup tersentak seketika.Keadaan ini bolehlah dianggap berlaku pertembungan dua tokoh hebat,kerana sebelum Bernard menyertai PBS,Bernard merupakan Setiausah Agung PBRS dan menjadi Ahli Parlimen Pensiangan pada PRU-11.

Rentetan politik diPensiangan bukan saja diwarnai persaingan diantara keluarga BN,namun tidak kurang menariknya kelaharian pejuang-pejuang pembangkang setiap kali pilihanraya.Berdasarkan teropong politik,pembangkang di Pensiangan bukanlah satu ancaman bagi BN asalkan Calon BN boleh diterima oleh rakyat.Ertinya berilah rakyat kuasa mencadangkan siapa calon pilihan terbaik pada pilihanraya pada kelak,supaya rakyat memberi kemenagan muktamad kepada Barisan Nasional.

PRK LAGI KE-9 DI DUN BAGAN PINANG N.SEMBILAN.

MENARIKNYA DAN SEDIHNYA BERITA KEMATIAN WAKIL RAKYAT DI TANAH AIR INI,SESUNGGUHNYA KUASA DAN TAKDIR TUHAN TIADA YG BOLEH MENAHAN WALAUPUN SESAAT CUMA.PRK KE 8 DI PERMATANG PASIR BARUPUN BERLALU DAN KEKALAHAN CALON BN MASIH SEGAR PERIT DITELAN,NAMUN INILAH REALITINYA POLITIK ADAT BERTANDING PASTI ADA MENANG DAN ADA YG TEWAS.UMUM TAHU BAHAWA DUN BAGAN PINANG INI MILIK BN(UMNO),JUSTERU PRK INI MERUPAKAN TUGAS BESAR BAGI BN MEMASTIKAN KERUSI BAGAN PINANG INI TIDAK BERALIH PIHAK PAS.

PIHAK PEMIMPIN BN KHUSUSNYA UMNO TIDAK AKAN MENGULANGI KESILAPAN MEMILIH DAN MELETAKKAN CALON PADA KALI INI.SEJARAH HITAM DI PERMATANG PASIR MOGA MENJADI TELADAN,TREND PENGUNDI DI SEMENANJUNG KINI BEGITU CEPAT BERUBAH BERGANTUNG PERSEPSI,ISU SEMASA DAN PERIHAL CALON.MAKNAYA PENGUNDI HENDAKKAN CALON YG PALING SEMPURNA BAGAIKAN BAYI YG BARU LAHIR TANPA NODA DAN DOSA.AKAN TETAPI BENARKAH CALON PEMBANGKANG BERSIH DARI SEGALA KEBURUKAN?.TENTUNYA TIDAK,CUMA INILAH CABARAN PEMIMPIN BN MEMASTIKAN CALON YG TERBAIK.

BERDASARKAN MAJORITI UNDI YG DIPEROLEHI BN PADA PRU-12 DI DUN INI,NAMPAKNYA BN MAMPU MEMPERTAHANKAN KERUSU BAGAN PINANG SEKURANG-KURANG MENANG WALAUPUN TIDAK DAPAT MEMPERTAHANKAN MAJORITI PRU LALU.KITA PERCAYA JENTERA BN MAMPU MENEWASKAN DAN MEMALUKAN CALON PAS UNTUK SEKIAN KALINYA SELEPAS PRK DI BATANG AI DI SARAWAK PADA BULAN APRIL TAHUN INI.SEMOGA BN AKAN MELAKAR SEJARAH KEMENANGAN DALAM PRK SETELAH MELALUI 8 PILIHAN RAYA KECIL.


SEMOGA BERJAYA.

Khamis, 3 September 2009

MUNGKINKAH PASTI KERAJAAN PAKATAN SELANGOR REBAH DAN BERUBAH?

Mengikut gerak denyut minda pemerhati politik,ada kemungkinan berlaku satu lagi kejutan TSUNAMI KEJATUHAN KERAJAAN PAKATAN DI SELANGOR.Jesteru inilah satu cabaran selepas tregedi ngeri LENYAPNYA KERAJAAN PAKATAN di Perak sedikit masa lalu.Situasi yang banyak mencengkam kestabilan politik Pakatan Selangor pada masa ini,tentulah banyak menerbitkan implikasi negatif dan akhirnya boleh membawa ketidakstabilan kerajaan Selangor.

Perkiraannya sampai bilakah rakyat Selangor boleh percaya kewibawaan dan kestabilan kerajaan Selangor?.Satu persatu masalah besar menimpa dan berlaku di Selangor yang tidak kurangnya melibatkan perlakuan kurang menyenangkan segelintir pemimpin politik,seperti yang sedang panas berlaku sekarang.AKHIRNYA AKAN SAMPAI MASANYA MUNCUL DAN TIDAK MUSTAHIL ADA WAKIL RAKYAT PAKATAN RAKYAT AKAN MENINGGALKAN DAN KELUAR (LOMPAT PARTI) untuk memilih mana satu Parti yang dirasakan terjamin dan mampu memberi khidmat terbaik kepada rakyat Selangor.

Apa akan terjadi dengan KERAJAAN PAKATAN RAKYAT DI SELANGOR?.Jawabannya KERAJAAN BARISAN NASIONAL akan kembali berkuasa setelah PAKATAN RAKYAT terpinjam seketika akan KUASA POLITIK di Selangor.Andaikata ramalan ini akan jadi kenyataan,ertinya KUASA BARISAN NASIONAL akan memecahkan seluruh TEMBOK PEMBANGKANG DI NEGARA ini sehinggalah menjelang PILIHAN RAYA UMUM-13.