Selasa, 17 Mac 2009

JIKA MAHU UMNO KEKAL .

1.MANDIKAN DAN BERSIHKAN ZAHIR DAN BATIN UMNO
2.TERIMA DAN BERI RUANG GOLONGAN MUDA TAMPIL DI HADAPAN JADI PEMIMPIN.
3.PADAMKAN ISTILAH HANYA ORANG KAYA MAMPU JADI PEMIMPIN .
4.HAPUSKAN SISTEM QUTA.
5.HAPUSKAN SISTEM PERWAKILAN YANG DIAMALKAN SEKARANG.
6.RAMAIKAN PEMIMPIN UMNO YANG PUNYA PENGETAHUAN AGAMA ISLAM.

Khamis, 5 Mac 2009

ISU,CERITA DAN BERITA MINGGU PERTAMA BULAN MAC 2009

1JELAS KUASA MUTLAK YANG DI-PERTUAN AGONG.(Dr.Rais Yatim)

Raja-raja Melayu dan Yang Di-Pertuan Agong ada tiga kuasa unit yang boleh sesiapa dan kuasa itu adalah hak mutlak Duli-Duli Raja dan Yang Di-Pertua Agong.
1.berhubung perlantikan Menteri Besar bagi Sultan dan perlantikan Perdana Menteri bagi Yang Di-Pertuan Agong. 2.Soal membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi Raja-Raja manakala pembubaran Dewan Rakyat bagi Yang Di-Pertuan Agong. 3.Berhubung mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu dan juga bersangkutan soal-soal adat istiadat dan agama Islam.


2.KES ANWAR KE MAHKMAH TINGGI.

Tarikh 10 Mac ini,perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim.


3.CUBAAN MENGAHARAMKAN UMNO KALI KE-2.

Ilusi ini timbul ekoran tindakan dua anak tokoh UMNO,Harun Idris dan Sulaiman Ninamshah,iaitu Mazlan dan Kadar bercadang untuk mendapat injuksi mahkmah bagi mengahalang perhimpunan agung Umno pada 24 hingga 28 mac ini.Mazlan adalah ahli Umno bahagian Subang manakala Kadar adalah ahli Umno bahagian Muar.


4.AKTIVIS GEREJA LANCAR KEMPEN TANDATANGAN ISU 'ALLAH'.

Dr.Jeffry Kitingan akan lancarkan kempen mengutip tandatangan supaya kerajaan pusat menarik larangan terhadap penggunaan perkataan ALLAH oleh penganut Kristian dalam sembahyang,nyayian dan dalam bahan cetak.

Ahad, 1 Mac 2009

NAJIB NAIK PAK LAH TURUN

Saya tetap berpegang pada rancangan untuk serahkan jawatan PM kepada Datuk Najib selepas pemilihan UMNO lewat bulan ini.Inilah kenyataan Pak Lah sewaktu berada Sidang Kemuncak asean di Thailand.

Yang menariknya,bilakah tarikh penyerahan jawatan PM kepada Datuk Najib?bunyinya selepas pemilihan UMNO.Agaknya sebelum pilihan raya di Bukit Gantang dan Bukit Selambau atau selepas beres semuanya?.