Jumaat, 4 September 2009

APA UNTUNGNYA JIKA BANYAK PARTI DALAM KOMPENEN BARISAN NASIONAL DI PARLIMEN PENSIANGAN.

Mengikut rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) cetakan 2009 jumlah pengudi bagi Parlimen Pensiangan belum mencapai 20 ribu pemilih.Ini merupakan angka kecil dan kedua terkecil jumlah pengundi dalam satu Parlimen di negeri Sabah.Parlimen Pensiangan cuma mempunyai dua DUN iaitu DUN Sook dan DUN Nabawan,namun apa yang menariknya di Pensiangan mutakhir ini ialah para pemimpin Parti Kompenen BN mula sibuk bercakap sana sini hendak melobi kepada pihak pucuk pimipnan atasan untuk dapatkan satu kerusi andainya berlaku persempadan baru.Siapakah mereka ini?,tentulah Parti UMNO,PBS dan tetap pasti PBRS sendiri.

Pada masa ini Parlimen Pensiangan mempunyai empat buah Parti yang masing-masing mewakili Barisan Nasional.1.Parti UMNO-Ketua Bahagian Pensiangan,Datuk Abdul Ghani Datuk Hj Yassin 2.Parti bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Presiden Parti -Tan Sri Joseph Kurup 3.UPKO-Ketua Bahagian,Datuk Bobbey Shuan 4.PBS-Ketu Bahagian Dun Sook ialah Datuk Bernard S.Maraat.Soalnya sekarang benarkah dengan keujudan keempat-empat Parti Kompenen di Pensiangan boleh menjamin kekuatan dan kemenangan BN apabila berlaku pilihanraya?

Satu hakikat yang kita nampak dan bukan rahsia lagi,setiap kali menjelang pilihanraya keempat-empat Parti BN ini cukup jelas mengharapkan akan menjadi Calon BN.UMNO sendiri begitu cukup mengidamkan sekurang-kurang satu Kerusi semenjak PRU-11 dan berlanjutan sehingga PRU-12 (2008).Usaha tersebut diyakini akan diperjuangkan sehingga PRU-13 kelak,berdasarkan suara dan harapan ahli UMNO termasuklah Ketua Bahagian UMNO sendiri.

Serperkara yang menarik dan menjadi tanda tanya setelah kembalinya Datuk Bernard ke Pensiangan telah diangkat menjadi Ketua Bahagian PBS DUN Sook,tentulah membuatkan Tan Sri Kurup tersentak seketika.Keadaan ini bolehlah dianggap berlaku pertembungan dua tokoh hebat,kerana sebelum Bernard menyertai PBS,Bernard merupakan Setiausah Agung PBRS dan menjadi Ahli Parlimen Pensiangan pada PRU-11.

Rentetan politik diPensiangan bukan saja diwarnai persaingan diantara keluarga BN,namun tidak kurang menariknya kelaharian pejuang-pejuang pembangkang setiap kali pilihanraya.Berdasarkan teropong politik,pembangkang di Pensiangan bukanlah satu ancaman bagi BN asalkan Calon BN boleh diterima oleh rakyat.Ertinya berilah rakyat kuasa mencadangkan siapa calon pilihan terbaik pada pilihanraya pada kelak,supaya rakyat memberi kemenagan muktamad kepada Barisan Nasional.

Tiada ulasan: