Khamis, 5 Mac 2009

ISU,CERITA DAN BERITA MINGGU PERTAMA BULAN MAC 2009

1JELAS KUASA MUTLAK YANG DI-PERTUAN AGONG.(Dr.Rais Yatim)

Raja-raja Melayu dan Yang Di-Pertuan Agong ada tiga kuasa unit yang boleh sesiapa dan kuasa itu adalah hak mutlak Duli-Duli Raja dan Yang Di-Pertua Agong.
1.berhubung perlantikan Menteri Besar bagi Sultan dan perlantikan Perdana Menteri bagi Yang Di-Pertuan Agong. 2.Soal membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi Raja-Raja manakala pembubaran Dewan Rakyat bagi Yang Di-Pertuan Agong. 3.Berhubung mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu dan juga bersangkutan soal-soal adat istiadat dan agama Islam.


2.KES ANWAR KE MAHKMAH TINGGI.

Tarikh 10 Mac ini,perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim.


3.CUBAAN MENGAHARAMKAN UMNO KALI KE-2.

Ilusi ini timbul ekoran tindakan dua anak tokoh UMNO,Harun Idris dan Sulaiman Ninamshah,iaitu Mazlan dan Kadar bercadang untuk mendapat injuksi mahkmah bagi mengahalang perhimpunan agung Umno pada 24 hingga 28 mac ini.Mazlan adalah ahli Umno bahagian Subang manakala Kadar adalah ahli Umno bahagian Muar.


4.AKTIVIS GEREJA LANCAR KEMPEN TANDATANGAN ISU 'ALLAH'.

Dr.Jeffry Kitingan akan lancarkan kempen mengutip tandatangan supaya kerajaan pusat menarik larangan terhadap penggunaan perkataan ALLAH oleh penganut Kristian dalam sembahyang,nyayian dan dalam bahan cetak.

1 ulasan:

waritarakyat berkata...

Penggunaan nama Allah dalam mana-mana agama selain Islam perlu dibincang dengan teliti. Kita khuatir perkara ini akan dieksploitasi oleh pembangkang seperti Jeffry Kitingan. Beliau cuba menggunakan isu ini untuk meraih sokongan untuk menentang kerajaan (Barisan Nasional). Justeru, jangan terperangkap dengan kata-katanya itu.